Tokek ataupun nama saintifiknya Gecko adalah sejenis dari keluarga cicak yang mempunyai banyak jenis yang banyak bertaburan di seluruh dunia.Bermacam jenis di jumpai bila memulakan pencarian di internet.Bermacamlah segala jenis warna.Daripada berwarna kekuningan,Keperangan,Kehijauan dan bermecem - macamlah jenis yang tak pernah nampak,jumpa.Sehinggalah baru-baru ni.satu penemuan yang amatlah menakutkan apabila seekor tokek yang sebesar anak buaya ataupun bapa buaya menggemparkan satu malaya di jumpai di Sabah..
Percaya atau tak tentang cerita ni saya telah berkesempatan menemui cicak yang telah menjadi legenda ke rumah sahabat saya yang berada di seberang prai.Pada mulanya saya menyangkakan cicak tokek ni adalah sebesar bapa cicak atau datuk cicak yang biasa.Sangkaan saya meleset sama sekali kerana tokek yang saya temui begitu berbeza dengan apa yang selalu saya lihat.Besar sehinggakan saiz dia hampir menyamai panjang lengan saya.Terkejut memang terkejut tetapi cicak ini amat gemar dengan keadaan gelap dan sejuk.
makanan harian seperti yang diberitahu oleh sahabat saya seperti cengkerik dan anak ular daun yang dibeli siap dari kenalan sahabat saya.Mmmm memang pelik jugak cicak ni.Tapi bila melihat saiz dia yang sebegitu besar maka tak hairanlah benda ni hanya menjamah saiz makanan yang boleh membuatkan dia begitu besar sekali.Tapi yang amat unik dengan cicak ni adalah hujung ekor dia yang kelihatan seperti paruh burung.Tak pernah- pernah plak tengok cicak kat dunia ni ekor dia ada paruh burung(hairan bin ajaib)
Satu lagi tentang sahabat saya ni adalah dia juga memelihara 12 ekor cicak yang sama dan 3 ekor lagi dalam kategori Giant....