Thursday, October 17, 2013

Sunday, June 5, 2011

ladang anggur Tasik Beris

 Kunjungan baru - baru ni ke ladang anggur tasik beris banyak membuka mataku banyak benda - benda yang mustahil boleh di lakukan sekiranya ada usaha - usaha bersungguh dilakukan.Manakan tidaknya buah anggur yang selalunya hanya boleh ditanam yang mempunyai iklim sejuk dan dingin kini boleh ditanam di malaysia yang mempunyai ciri - ciri iklim tropika....Wah....boleh tahan jugak..tak banyak la yang aku boleh ulas sebab gambar tak banyak di ambik..bolehla untuk kongsi untuk pembaca blog sekalian..
  Ladang anggur Tasik Beris ni mempunyai keluasan 1.6 hektar dan kedudukannya yang terletak di tepi tasik Beris dan mula ditanam pada tahun 2007.Yang bestnya lepas penat berjalan lepak kat tepi tasik tu.Fuh best!!siap dengan tempat bangku nak menyandar dengan angin tengahhari yang dingin dan sejuk..angin pun sepoi sepoi bahasa katakan...tak percaya mai sini...kawasan lokasinya di kampung Ternas,sik,kedah..
 Kunjungan kami hari tu tak sia-sia sebab bukan sahaja mencuci mata dengan buah anggur yang merah dan hijau tapi boleh memetiknya sekali.Tapi petik pun bukan free kena bayarla jugak..kalau tak silap 100gram lima ringgit.Bolehla tu ...nak jugak rasa buah anggur yang di tanam di negara ni.Support barangan keluaran anak malaysia!!! lepas meronda seluruh ladang anggur puas ambik gambar macam macamla posing..tiba masa nak balikla...sebelum balik tu sempat jugak membeli produk anggur yang dikeluarkan oleh pengusaha ladang anggur ni Excel Agrotech seperti minuman botol,buah anggur dari ladang ni sendiri..
 Bukan nak puji tetapi setelah merasa sendiri buah anggur yang dah dipetik dari ladang ini rasanya manis walaupun ada setengah buah yang dipetik tadi ada setengah yang kecil.Bolehla layan isi perut ni..Boleh dikatakan anggur yang berwarna hijau dan merah mempunyai rasa manis yang dikatakan baik walaupun ramai mengatakan anggur yang ditanam di negara ini mempunyai rasa masam dan tidak setanding dengan anggur yang diimport dari luar negara.Pujian harus diberi kepada pengusaha ladang ini yang membuar R&D melakukan kajian yang selama ini mengatakan mustahil anggur boleh ditanam di negara ini.
 Oklah dah penat tangan nak menaip hamba nak mengundur diri...Salam !malaysia untuk semua...Bye


Thursday, February 3, 2011

tokey gecko 2nd part





tengok macam atas lantai sebenarnya tokek ni melekat kat dinding...tangan dan kaki yang mempunyai 5 jari itu seolah - olah mempunyai gam yang kuat yang membolehkannya tokek ini melekat kat dinding...Cayalah...
sebahagian gambar yang lain untuk tatapan peminat tokek khas hanya dalam blog ni jer....(malas nak review panjang....penulis penat takde idea nak buat panjang - panjang...sory year!!!)
Sesi timbang berat badan.....275 kg jer.....tapi pak tokek tengah marah kedamaiannya dok lepak kat special lepaknya di ganggu gugat....(lupa nak check blood preassure berapa yerk.....pak tokek kuat marah sangat)...  






TRIBUTE FOR MR TOKEY GECKO

Monday, January 10, 2011

cicak tokek...

Tokek ataupun nama saintifiknya Gecko adalah sejenis dari keluarga cicak yang mempunyai banyak jenis yang banyak bertaburan di seluruh dunia.Bermacam jenis di jumpai bila memulakan pencarian di internet.Bermacamlah segala jenis warna.Daripada berwarna kekuningan,Keperangan,Kehijauan dan bermecem - macamlah jenis yang tak pernah nampak,jumpa.Sehinggalah baru-baru ni.satu penemuan yang amatlah menakutkan apabila seekor tokek yang sebesar anak buaya ataupun bapa buaya menggemparkan satu malaya di jumpai di Sabah..




Percaya atau tak tentang cerita ni saya telah berkesempatan menemui cicak yang telah menjadi legenda ke rumah sahabat saya yang berada di seberang prai.Pada mulanya saya menyangkakan cicak tokek ni adalah sebesar bapa cicak atau datuk cicak yang biasa.Sangkaan saya meleset sama sekali kerana tokek yang saya temui begitu berbeza dengan apa yang selalu saya lihat.Besar sehinggakan saiz dia hampir menyamai panjang lengan saya.Terkejut memang terkejut tetapi cicak ini amat gemar dengan keadaan gelap dan sejuk.
makanan harian seperti yang diberitahu oleh sahabat saya seperti cengkerik dan anak ular daun yang dibeli siap dari kenalan sahabat saya.Mmmm memang pelik jugak cicak ni.Tapi bila melihat saiz dia yang sebegitu besar maka tak hairanlah benda ni hanya menjamah saiz makanan yang boleh membuatkan dia begitu besar sekali.Tapi yang amat unik dengan cicak ni adalah hujung ekor dia yang kelihatan seperti paruh burung.Tak pernah- pernah plak tengok cicak kat dunia ni ekor dia ada paruh burung(hairan bin ajaib)


Satu lagi tentang sahabat saya ni adalah dia juga memelihara 12 ekor cicak yang sama dan 3 ekor lagi dalam kategori Giant....
BERSAMBUNG.......

cahaya terbit pagi

Suasana pelabuhan Port Weld pada pagi yang cahaya matahari terbit dalam suasana kelabu...

Thursday, September 16, 2010

ciptaan yang terindah


camna gambar yang terbaru ni.ok tak? sebenarnya gambar ni saya ambik masa saya mencari buluh untuk membuat lemang.lokasinya kat hutan simpan Pedu.kebetulan pada hari tu awal pagi jadi keadaannya yang begitu menarik untuk catitan blog ni..Apa yang menariknya keadaannya yang sungguh tenang disamping udara hutan yang sungguh nyaman.pasti memukau sesiapa yang datang mencari ilham seribu harapan....airnya yang hijau tenang seolah menyimpan seribu misteri...seram ooooo....






 kalau ikut hari tu plan ingat nak pi empangan pedu tapi tak kesampaian sebab masa tak mengizinkan.Insyaalah kalau ada masa yang sesuai gambar yang yang diambil pasti menakjubkan.. tak puas menikmati pemandangan dari atas jalan yang menampakkan keseluruhan tasik pedu Pak su saya mengajak saya pi kawasan yang dimajukan menjadi resort.Mengikut daripada cerita pak su yang membawa saya ke sini resort ini mempunyai keluasan 17 hektar dan mempunyai padang golf 18 lubang,gelanggang tenis,skuash macam - macam lagi lah.Kalau di lihat dari luar tempat ini amatlah sesuai untuk menjadi tempat percutian yang menyeronokkan tapi apa yang silapnya resort ini seperti tiada pengunjung yang ingin mengunjungi resort ini tidak seperti bukit merah resort yang begitu gah dan menjadi tumpuan lebih - lebih lagi pada hujung minggu.Pada saya resort ini ada potensi yang amat besar memandangkan kawasannya yang jauh dari sibuk kota dan menawarkan panorama alam yang indah tapi perlu ada tarikan lain yang mengajak orang ramai untuk datang ke tempat ini.Tak tahulah apa pendapat orang lain tapi haruslah melihat idea lain yang menampakkan kejayaan seperti genting highland resort yang punya fun fair yang di kira antara yang terbaik di dunia..Apapun tepuk dada tanya selera.

Thursday, July 22, 2010