Kunjungan baru - baru ni ke ladang anggur tasik beris banyak membuka mataku banyak benda - benda yang mustahil boleh di lakukan sekiranya ada usaha - usaha bersungguh dilakukan.Manakan tidaknya buah anggur yang selalunya hanya boleh ditanam yang mempunyai iklim sejuk dan dingin kini boleh ditanam di malaysia yang mempunyai ciri - ciri iklim tropika....Wah....boleh tahan jugak..tak banyak la yang aku boleh ulas sebab gambar tak banyak di ambik..bolehla untuk kongsi untuk pembaca blog sekalian..
Ladang anggur Tasik Beris ni mempunyai keluasan 1.6 hektar dan kedudukannya yang terletak di tepi tasik Beris dan mula ditanam pada tahun 2007.Yang bestnya lepas penat berjalan lepak kat tepi tasik tu.Fuh best!!siap dengan tempat bangku nak menyandar dengan angin tengahhari yang dingin dan sejuk..angin pun sepoi sepoi bahasa katakan...tak percaya mai sini...kawasan lokasinya di kampung Ternas,sik,kedah..
Kunjungan kami hari tu tak sia-sia sebab bukan sahaja mencuci mata dengan buah anggur yang merah dan hijau tapi boleh memetiknya sekali.Tapi petik pun bukan free kena bayarla jugak..kalau tak silap 100gram lima ringgit.Bolehla tu ...nak jugak rasa buah anggur yang di tanam di negara ni.Support barangan keluaran anak malaysia!!! lepas meronda seluruh ladang anggur puas ambik gambar macam macamla posing..tiba masa nak balikla...sebelum balik tu sempat jugak membeli produk anggur yang dikeluarkan oleh pengusaha ladang anggur ni Excel Agrotech seperti minuman botol,buah anggur dari ladang ni sendiri..
Bukan nak puji tetapi setelah merasa sendiri buah anggur yang dah dipetik dari ladang ini rasanya manis walaupun ada setengah buah yang dipetik tadi ada setengah yang kecil.Bolehla layan isi perut ni..Boleh dikatakan anggur yang berwarna hijau dan merah mempunyai rasa manis yang dikatakan baik walaupun ramai mengatakan anggur yang ditanam di negara ini mempunyai rasa masam dan tidak setanding dengan anggur yang diimport dari luar negara.Pujian harus diberi kepada pengusaha ladang ini yang membuar R&D melakukan kajian yang selama ini mengatakan mustahil anggur boleh ditanam di negara ini.
Oklah dah penat tangan nak menaip hamba nak mengundur diri...Salam !malaysia untuk semua...Bye