Thursday, September 16, 2010

ciptaan yang terindah


camna gambar yang terbaru ni.ok tak? sebenarnya gambar ni saya ambik masa saya mencari buluh untuk membuat lemang.lokasinya kat hutan simpan Pedu.kebetulan pada hari tu awal pagi jadi keadaannya yang begitu menarik untuk catitan blog ni..Apa yang menariknya keadaannya yang sungguh tenang disamping udara hutan yang sungguh nyaman.pasti memukau sesiapa yang datang mencari ilham seribu harapan....airnya yang hijau tenang seolah menyimpan seribu misteri...seram ooooo....






 kalau ikut hari tu plan ingat nak pi empangan pedu tapi tak kesampaian sebab masa tak mengizinkan.Insyaalah kalau ada masa yang sesuai gambar yang yang diambil pasti menakjubkan.. tak puas menikmati pemandangan dari atas jalan yang menampakkan keseluruhan tasik pedu Pak su saya mengajak saya pi kawasan yang dimajukan menjadi resort.Mengikut daripada cerita pak su yang membawa saya ke sini resort ini mempunyai keluasan 17 hektar dan mempunyai padang golf 18 lubang,gelanggang tenis,skuash macam - macam lagi lah.Kalau di lihat dari luar tempat ini amatlah sesuai untuk menjadi tempat percutian yang menyeronokkan tapi apa yang silapnya resort ini seperti tiada pengunjung yang ingin mengunjungi resort ini tidak seperti bukit merah resort yang begitu gah dan menjadi tumpuan lebih - lebih lagi pada hujung minggu.Pada saya resort ini ada potensi yang amat besar memandangkan kawasannya yang jauh dari sibuk kota dan menawarkan panorama alam yang indah tapi perlu ada tarikan lain yang mengajak orang ramai untuk datang ke tempat ini.Tak tahulah apa pendapat orang lain tapi haruslah melihat idea lain yang menampakkan kejayaan seperti genting highland resort yang punya fun fair yang di kira antara yang terbaik di dunia..Apapun tepuk dada tanya selera.

Thursday, July 22, 2010

Monday, June 28, 2010

lata bukit hijau

Hari minggu yang lepas saya dan member sekerja pergi ke tempat riadah dan air terjun yang terkenal iaitu Lata Bukit Hijau yang terletak di kawasan Kulim, Kedah yang jaraknya 1 jam perjalanan dari Penang.Memang syok ler dah penat berkerja sempat melepaskan tekanan kerja dengan pergi berkelah di kawasan yang belum terusik dek pembangunan.Dalam perjalanan sempat jugak berhenti untuk membeli buah tembikai di tepi jalan.Untuk makanan pencuci mulut katakan.






Dan apabila sampai suara rimba menyambut kedatangan saya dengan suasana yang dingin ditambah dengan udara yang segar dan bunyi air terjun dari jauh membuat kedatangan kali ini amat berbeza sekali.Sampai saja saya terhenti melihat air terjun bukit hijau menggamit perasaan yang amat jauh berbeza.Air terjun yang amat cantik sekali mengalir deras dari atas batu yang telah wujud berjuta tahun lalu sambil menghasilkan alunan air yang mencipta seribu keterujaan yang sukar di gambarkan
Tetapi entah apa yang tak betul hari tu sesuatu yang tak disangka - sangka menggangu aktiviti.Hujan lebat telah turun menyebabkan plan nak mandi rosak begitu sahaja.Air yang mengalir jernih telah bertukar menjadi kuning deras seolah alam sengaja menunjukkan kemarahannya kepada kami yang datang.Mujurlah kami yang datang begitu mengambil berat tentang keselamatan masing - masing.



Tetapi ada jugak geng yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan untuk dijadikan moment.Seperti menangguk di dalam air yang keruh...betul tak....kalau ada yang ingin membetulkan peribahasa tersebut dengan kejadian silalah betulkan....
Apapun kenangan di Lata Bukit Hijau pasti akan meninggalkan seribu perasaan kepada diri saya bahawa alam yang sebegitu indah akan menjadi ganas tanpa kita sedari sekiranya kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini tidak menjaga dengan sepatutnya anugerah alam yang tidak ternilai harganya,
Subhanallah..

Sunday, June 13, 2010

layan blues

layan blues jer .....bukan jiwang ok...tapi sepi itu indah....

suasana pagi yang cemerlang

yang ni camna kalau pelancong pak arab datang penang tempat ni mesti tak sah kalau tak dilawati.bab lepak jangan tanyalah mesti layan jiwang laaa...... bayangkan air laut nya yang menghijau bukan air tasik yer.... tapi air laut..mungkin biasan cahaya matahari yang cemerlang.... 

jalan - jalan cari ilham

hari ni saja nak jalan - jalan cuti hari ahad yang cemerlang katakan.suasana yang amat ceria memberi ilham untuk saya ambik gambar yang pada saya cantik dan menarik..gambar ni saya ambik memandangkan warna air laut yang membiru dan kekadang warna hijau mengalihkan perhatian saya yang pantai pulau jerejak manggamit kedatangan para pelawat untuk mendekatinya..Dan yang ni mungkin saya tujukan kepada cikgu yang amat saya ingati selalu menngamit kenangan saya kepada alam persekolahan saya iaitu cikgu shahril nizam sebab bila duduk di tempat ni pada senja petang pasti kenangan kanak - kanak dan alam sekolah saya pasti teringat kembali.terima kasih cikgu kerana jasa cikgu banyak membentuk saya .....

Saturday, May 8, 2010

permai di nun sana

Gambar ni salah satu pemandangan yang amat saya kagumi.Melihat keadaan sebegitu tenang dengan garisan awan melilit jauh dan biasan matahari terbenam gambaran suasana petang yang permai.Apa yang mampu saya katakan Blues Itu Indah....

Thursday, April 29, 2010

semporna best bah....

Pernah nampak benda ni??.kalau tengok sekali dua macam kerang laut tapiii tengok kali ke empat atau lima pasti tak percaya....kerang mutiara.Cuba bayangkan mutiara yang ada di dalamnya itu...mungkin besar taik hidung gajah kot..(mcmla pernah tengok taik hidung gajah)tapi sayang dah kena buat sinki air tempat basuh tangan.fikir - fikirkanlah...  Bab ikan plak mesti lu orang mesti puas hati punya .Tengok ikan pun yang sebegitu besar kalau di makan memang puas hati  apalagi buat sup punya hari tu beli ikan kayu,ikan putih dua ekor dan ikan kerapu merah dapat harga baiik punya.Mak yang tolong tawarkan tak sampai seratus ringgit pun.Caya tak? kalau dekat penang tak payah tanyalah mesti mata naik juling punya.Ari tu makan tak payah dengan nasi..makan ikan sup..cayalah..  best woo...kalau ingat balik seronoknya..JOM PI SABAH....

Saturday, April 3, 2010

keindahan petang di teluk kumbar

salah satu pengalaman yang dapat di ambil dari lensa kamera adalah pemandangan menarik di teluk kumbar, pulau pinang.apa yang menariknya disini adalah pemandangan yang menggabungkan aspek keindahan gambaran yang berjaya di rakamkan.thanks kepada member yang banyak membantu mengajar saya bagaimana teknik mengambil gambar dari sudut pemandangan yang berbeza..susah jugak nak menjadi jurugambar yang professional.tak ambil sebarang kelas pun.tapi mungkin ada bakat terpendam yang cuba dibawa keluar dari badan ini kot....kalau nak bezakan pemandangan pantai yang share dengan kalian semua antara pemandangan pantai di kampung saya sabah dan teluk kumbar , pulau pinang banyak menceritakan pemandangan yang berbeza....so kalian comment la sendiri...

Wednesday, March 24, 2010

kampung ku yang indah


lupa saya nak share dengan all reader tentang kampung yang indah permai (jiwang la plak).bukan nak promote tapi bila dah balik kampung ketenangan kampung yang permai menyebabkan kita lupa tentang tekanan hidup dan kerja.mandi laut itu yang hendak dibuat dulu.tengok laut yang berwarna biru pas tu angin yang sejuk ketika petang.semua tu mengingatkan kita kepada kenangan kanak - kanak masa lalu.tak lupa jugak yang pernah dating tepi laut peh... jiwang tuh...menangkap ikan ditengah matahari terik....best....ingat member - member kat kampung.kalau sapa nak ambik gambar buat wallpaper handpon atau desktop screen komputer memang sesuai..bukan nak promote tapi nak kongsi jer....

Saturday, March 20, 2010

balik sabah!!!

bulan disembar tahun lepas saya dengan keluarga telah balik ke kampung halaman saya di sabah.so banyaklah kenangan baru yang saya alami.maklumla dah lama tak balik kampung.plan tahun ni kalau tak ada masaalah nak balik sekali lagi untuk beraya.InsayaAllah....kalau takdak aral melintang..banyaklaa candid - candid menarik untuk share geng - geng semua...