Hari minggu yang lepas saya dan member sekerja pergi ke tempat riadah dan air terjun yang terkenal iaitu Lata Bukit Hijau yang terletak di kawasan Kulim, Kedah yang jaraknya 1 jam perjalanan dari Penang.Memang syok ler dah penat berkerja sempat melepaskan tekanan kerja dengan pergi berkelah di kawasan yang belum terusik dek pembangunan.Dalam perjalanan sempat jugak berhenti untuk membeli buah tembikai di tepi jalan.Untuk makanan pencuci mulut katakan.
Dan apabila sampai suara rimba menyambut kedatangan saya dengan suasana yang dingin ditambah dengan udara yang segar dan bunyi air terjun dari jauh membuat kedatangan kali ini amat berbeza sekali.Sampai saja saya terhenti melihat air terjun bukit hijau menggamit perasaan yang amat jauh berbeza.Air terjun yang amat cantik sekali mengalir deras dari atas batu yang telah wujud berjuta tahun lalu sambil menghasilkan alunan air yang mencipta seribu keterujaan yang sukar di gambarkan
Tetapi entah apa yang tak betul hari tu sesuatu yang tak disangka - sangka menggangu aktiviti.Hujan lebat telah turun menyebabkan plan nak mandi rosak begitu sahaja.Air yang mengalir jernih telah bertukar menjadi kuning deras seolah alam sengaja menunjukkan kemarahannya kepada kami yang datang.Mujurlah kami yang datang begitu mengambil berat tentang keselamatan masing - masing.
Tetapi ada jugak geng yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan untuk dijadikan moment.Seperti menangguk di dalam air yang keruh...betul tak....kalau ada yang ingin membetulkan peribahasa tersebut dengan kejadian silalah betulkan....
Apapun kenangan di Lata Bukit Hijau pasti akan meninggalkan seribu perasaan kepada diri saya bahawa alam yang sebegitu indah akan menjadi ganas tanpa kita sedari sekiranya kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini tidak menjaga dengan sepatutnya anugerah alam yang tidak ternilai harganya,
Subhanallah..
1 comment:
bestnya.. kalau pegi tempat nie nak hlgkan tension.. mmg tepat..
Post a Comment